LATAR BELAKANG SEKOLAH
 
SJK ( C ) Chung Hwa, W.P Labuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1924 dan lokasi sekolah terletak di Kg. Sg Keling, W.P Labuan.
 
Guru Besar yang pertama ialah En. Goh Jing Chew. Beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam penubuhan sekolah ini. Bilangan murid yang ada pada masa itu hanya mempunyai 20 orang sahaja. Manakala gaji guru pada masa itu dibayar oleh ibu bapa dan golongan masyarakat yang baik hati. Pada masa itu, murid-murid belajar di sebuah rumah kampung.
 
Sekarang SJK ( C ) Chung Hwa mempunyai tiga blok bangunan yang terdiri daripada 15 buah bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah bilik pusat sumber, sebuah bilik mesyuarat, sebuah pejabat guru besar, sebuah bilik penolong kanan, sebuah bilik guru, sebuah bilik kerani, 2 buah bilik stor, sebuah bilik Ko-kurikulum, sebuah bilik pendidikan jasmani, sebuah bilik percetakan, sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik KH, sebuah bilik Muzik, sebuah bilik kelas pemulihan, sebuah makmal sains, sebuah bilik agama, sebuah bilik surau, sebuah bilik SPBT, sebuah bilik seni dan sebuah bilik bimbingan. Sekolah ini hanya satu sidang sahaja.
 
Seramai 31 orang guru tidak termasuk Guru Besar bertugas di sekolah ini. Pn. Ma Kim Yong menjadi Guru Besar sekolah ini sejak 2006. Seorang pembantu tadbir bertugas di sekolah ini dan seorang pembantu am rendah. 4 orang pekerja am kontrak bertugas menjaga kebersihan sekolah. Tiga orang pegawai keselamatan juga bertugas 24 jam secara bergilir-gilir.
 
Sekolah ini mempunyai seramai 457 orang murid. Keselamatan murid-murid sentiasa terkawal dengan pengawasan pengawal keselamatan dan guru-guru bertugas mengikut giliran.